My Life Story :3


Err..
Friday, 9 November 2012 | 03:56 | 0 Words
Assalamualaikum...

Argh!! Bosan gila . Harini dahlah hari last sekolah . Bapak sodeh ae lak ai . Budak Tahun 6 perempuan hampir kesemuanya menangis . Seriously,kitorang rasa macam belum bersedia lagi nak pergi . Kitorang rasa macam nak mengecil balik,jadi budak Tahun 1 . Masuk situ . Belajar dekat kelas lama kitorang,belajar dengan cikgu-cikgu kitorang . Kitorang nak benda tu balik . Sesungguhnya,kitorang tersangatlah tak ready nak melangkah ke alam sekolah menengah .

Kami maksudkan . SANGATLAH TAK SEDIA . Hati ni rasa macam hancur,lumat,dicincang  hanya kerana  meninggalkan sebuah tempat . Ya,sebuah tempat yang penuh dilimpahi dengan memori . Nak tarik sekolah tu masuk Sekolah menengah . Bawak cikgu tu . Argh!!!

Pada masa yang sama , aku rasa SANGAT lega sebab dah tak ada gangguan mental dan emosi lagi nanti . Sekolah tu walaupun sangat best gila ayam , ada beberapa pelajar yang hmm... tak berapa nak best gila ayam . Diorang anti aku woo . Suka gila ngumpat aku ,kutuk aku . Sakitlah jugakk hati . Tapi nak buat cane,kan ? Tapi,jangan marah diorang dulu , mungkin ada salah aku jugak mereka tak puas hati . DAN mereka dah minta maaf dah tadi . Jangan risau . Lagipun,orang yang membuatkan air mata aku mengalir masa majlis perpisahan tadi adalah salah seorang daripada mereka . Jangan risau . Mereka baik . Fitrah manusia , kadang-kadang ada rasa tak puas hati .

Shockingly,budak lelaki pun nangis weyh . Aku tak pasti diorang menangis sama ada sebab kena tinggalkan awek atau kena tiggalkan sekolah *Kay,joking* >_< Hehe . Childhood friend aku : Nur Aiman bin Johari . Kay,aku tahu kitorang tak pernah berpisah . *Err..* Tak adelah . Aku dengan Aiman kawan je . Aiman dah berpunyaa lah . Dia punya GF lawa,comel,cute,cun . Ah,semualah .Hehe . Pasal Aiman , dia nangis tadi . Tu je . *Kay,kecoh*

Tadi,masa nak makan dekat kantin *Kitorang nak rasa masakan Acik Kantin buat kali terakhir* Acik pergi cakap : Makanan dah habis . Kitorang dah macam WTF ?? Pastu,kitorang ngadu kat Cikgu Khaimin bin Sapiri (GPK HEM yang disayangi) . Lepas Cikgu Khaimin dengar dia blah terus dari kitorang . Ingatkan cikgu tak layan,rupa-rupanya cikgu pegi ambik biskut untuk kitorang . Paling parah , cikgu panggil kitorang macam nak panggil ayam makan Ada 'Kur,kur' bagai . Kehkeh . Bila biskut tu dah habis (Rasanya Cikgu bagi kitorang Oreo kott) budak ni mintak lagi . Dasar tak malu . Hahah . Lagipun biskut tu tinggal siket je .  Then,Cikgu Khaimin datang lagi bawak kerepek ke rempeyek ke tah pa bendenyelah kerepek oren tu . Kami makan dengan penuh selera . Lupa nak baca bismillah pulakk tu . Mwehehe :3


Baiklah,sampai di sini sahaja

Assalamualaikum..









| -New-