Sleep Ova!!
Tuesday, 13 November 2012 | 23:17 | 0 Words
Assalamualaikum..Malam Isnin sampai malam semalam (Selasa),budak-budak ni datang sleep over dekat rumah aku.Bestlah jugak sebab dapat jumpa kengkawan masa cuti.Hilang siket rindu.Hehe...
Malam Isnin tu,diorang sampai rumah aku.Diorang sampai je muka aku dah "Alamak ai.Cadar tak pasang lagi."Sengal kan aku?Dah tahu awal-awal ada orang nak datang,tapi tak pasang cadar lagi.Ngee~ Sebenarnya,cadar tu baru je keringlah.Jadi,aku mana sempat nak pasang.Cadar baru kering.Hesh.. >_<

Mule-mule,ingatkan nak bukak pintu.Nak jemput diorang masuk.Turun-turun bawah je tengok Jiha tengah melangkah dengan gagah ke dalam rumah.Kahkah.Aku tengok.'Mana budak due ekor tu dah pergi ni?' Last-last dengar diorang due orang tengah gelak terbahak-bahak kat depan pintu.Mimie dengan Cida lah tu.Tinggalkan Jiha masuk rumah sorang-sorang then gelak kat depan pintu.
Jiha pulak,dia masuk-masuk je dah."Assalamualaikum.Woi,masuklah dalam ni!"Rock gile kott.Belum start sleep over dah lawak dah.
Lepas pasang cadar dan berlari dari atas ke bawah,aku jemput diorang masuk bilik diorang.Diorang letak beg then terus turun bawah.Kitorang duduk dekat ruang tamu sambil makan biskut + air teh limau.Rock ape hidangan tu.Hehe..
Tibe-tibe,nenek datang.Nenek cite pasal family kitorang.Dia sape.Nenek dia mak cik dia.Nenek dia sape.Atuk dia sape.Nenek dia ada affair dengan atuk dia (Kay,tu tak de.Ngee~ ) Lepas cite tu,nenek kata lah "Ekau kona tak Nenek *tut* (Nama nenek dirahsiakan).Dio anak Pak *tut* tu?" Cida : Ha *Dengan penuh konfidennya.Lawak doe masa tu.
Lepas tengok TV kejap,kitorang masuk bilik.Budak-budak ni nak buku la pulak.So,turun bawah balik.Ambik buku.Jiha ambik majalah Ana Muslim.Pastu Cida kate "Dalam banyak-banyak buku yang best kat sini.Buku Ana Muslim tu jugak yang kau pilih," Alamak ai.Kesengalan melanda.
Masa sebelum tido,Cida cadang nak pegi joging kat depan rumah.Last-last pagi tu,tak jadi joging sebab Cida dengan Jiha bangun agak lambat daripada masa yang dijanjikan.So,kitorang main badminton.Lepastu,sarapan.
Diorang tengok TV cite Eori dengan Dinosaur Train (Cite budak-budak je yang ada pagi-pagi) then,naik atas.Tido.Kecuali aku.Aku buat wordsearch sambil nyanyi.Tak sangke pulak budak-budak ni dengar.Mimie kate die tak dapat tido sebab aku menyanyi.Malu doe.Diorang dengar.Kuikui..
Tapi,lepas aku rasa diorang dah tido,aku keluar.Main laptop.Dah main lama siket,aku masuk bilik bawak laptop *Dengan bantuan adik aku* Kitorang tengok cite First Love.Best gila kott.P'Shone comel pulakk tu.Teringat ada orang panggil Shone 'Econ'.Dengar macam Ecot je.
Petang pergi kedai,beli top up,chipsmore dan aiskrim.Nyonya tak sangke aku dah besar.Dia tanya aku banyak kali.Lalala~
*Penatlah pulak nak taip*
Assalamualaikum..